Wednesday, June 24, 2009

KERAJAAN PERPADUAN:BN terkena

Baru-baru ini heboh diperkatakan media apabila Mursyidul Am Pas Haji Hadi mengusulkan cadangan kerajaan perpaduan.

Pada saya, ini sesuatu yang bagus, tetapi setelah selesai semuanya, baru saya perasan, bahawa ini merupakan mainan politik semata-mata.

Pada mulanya. Haji Hadi dilihat bersungguh-sungguh ingin mewujudkan kerajaan perpaduan, sehingga mewujudkan perbalahan diantara beliau dan Nik Aziz. Tetapi, yang peliknya, ketika perbalahan ini, Anwar ibrahim dilihat hanya berdiam diri sahaja.

Apabila terdapat respon yang meluas daripada oleh Kerajaan Barisan Nasional yang berminat untuk berunding dengan PAS, ketika itulah Anwar Ibrahim muncul dengan kenyataan media bahawa, mereka PAKATAN PEMBANGKANG semua telah sebulat suara menolak kerajaan perpaduan.

Pendapat:

Saya melihat keadaan bukanlah terjadi dengan sendirinya. Malah, ianya telah dirancang daripada awal lagi. Sebab itu kita dapat lihat PKR dan DAP tenang sahaja bila timbul isu ni.Berikut adalah kemungkian bagaimana ia dirancang.

Strategi 1: Cadangan Kerajaan Perpaduan oleh Haji Hadi

a)Anwar ibrahim memberitahu Haji Hadi supaya mencadangkan kerajaan perpaduan PAS-UMNO tanpa pengetahuan Nik Aziz. Ini adalah kerana, anwar tahu Nik Aziz sudah tentu tidak bersetuju dan meloncat apabila terdengar Haji Hadi mengeluarkan cadangan ini kepada UMNO. Apabila Nik Aziz meloncat, perbalahan diantara dua puak didalam PAS berlaku secara natural - Tujuannya ialah untuk mendapat liputan media dan memberi "sign" yang salah kepada UMNO bahawa PAS kini didalam krisis. Jadi UMNO akan ingat sekarang merupakan time yang baik untuk meraih sokongan daripada pihak PAS.

Strategi 2. Respon yang baik daripada UMNO

b)Apabila terdapat respon yang meluas daripada pemimpin-peminpina barisan nasional bahawa mereka bersetuju berunding dengan PAS dan bersedia untuk mendengar syarat-syarat daripada PAS untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, dan

Strategi 3. Masa untuk "strike"

masa itulah Anwar bersama DAP dan PAS muncul membuat kenyataan bahawa mereka bersepakat menolak kerajaan perpaduan. Dan Anwar membuat kenyataan media bahawa "BN terdesak".


Kesimpulan:

Apa yang berlaku di sini pada saya, semuanya telah dirancang untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa BN dalam keadaan terdesak dan lemah. Pada masa yang sama juga memperlihatkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat merupakan pakatan yang sebulat suara dan kuat.

Hakikatnya, BN bersetuju kerana kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang baik dan mampu menyatupadukan melayu yang semakin berpecah. Tetapi apakan daya, UMNO ingat PAS betul2 ingin bersatu, tetapi yang sebenarnya sebenarnya ada "udang disebalik batu". Kesian najib, dah la kena tanggung silap Pak Lah, kena tipu pulak dengan PKR. Pening2... rakyat jugak yang tak tau apa2.