Friday, April 17, 2009

Jambatan Bengkok



Belum ada keputusan mengenai jambatan bengkok - Muhyiddin



17/04/2009 8:46pm

SINGAPURA 17 April — Kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Selepas menyampaikan ucaptama pada penutupan Forum Asean dan Asia Kedua di sini hari ini, Muhyiddin ditanya mengenai banyak gesaan terutamanya daripada kalangan ahli politik dan perniagaan dari Johor, supaya kerajaan menimbang semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu.

Menurut mereka pembinaan jambatan bengkok bernilai RM600 juta bagi menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1924, dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Forum bertajuk “Risiko dan Peluang” itu dianjurkan oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA).

Ditanya mengenai keutamaannya sejak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin berkata perkara paling penting dalam fikirannya adalah untuk menguruskan ekonomi dan mengemudinya keluar daripada kemelesetan.

— BERNAMA

1.Heheh.. keluar balik isu jambatan bengkok ni. Saya suka. Kerana jambatan ini memang dapat memberi manfaat kepada rakyat terutama sekali rakyat johor.

2.Tetapi kalau dilihat banyak mana pun manfaatnya kepada rakyat, saya masih terjumpa golongan-golongan yang tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan bengkok ini. Mereka berpendapat, jambatan ini hanya memberi keuntungan kepada golongan tertentu sebab tu golongan tersebut marah sangat jambatan ini dibatalkan.

3.Kalau nak dikira Pak Lah pulak satu hal, dia batalkan terus. Menurut sumber dari chedet, ini bagi membolehkan Pak Lah untuk menjual 1 billion meter padu pasir kepada singapura. Dan dengan dapatlah golongan tertentu mengaut keuntungan lebih. Hah..ini baru betul golongan tertentu mengaut keuntungan. Heheh

4.Pada saya, pihak Singapura memang tidak mempunyai alasan untuk tidak bersetuju dalam membuat jambatan baru(jambatan lurus) bersama-sama dengan Malaysia. Kerana pembinaan jambatan lurus sudah pasti memberikan manfaat kepada kedua-dua belah negara.

5.Apa yang mereka(Singapura) khuatir ialah, dengan pembinaan jambatan lurus akan menyebabkan ekonomi dibahagian johor meningkat dan seterusnya menyebabkan ekonomi di Singapura terjejas sedikit, disebabkan laluan yang lebih dekat oleh kapal melalui diselat terbrau.

6.Jadi apa yang Singapura boleh buat, ialah dengan dengan tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan lurus dicadangkan. Tak mengapalah itu hak mereka (Singapura).

7.Daripada sinilah tercetusnya idea jambatan bengkok, iaitu jambatan hanya dibuat dibahagian malaysia sahaja. Di hati kecil Singapura, saya pasti mereka tidak setuju.

8. Jadi macam-macam alasanlah dikeluarkan. Mereka buat macam-macam tawaran yang boleh memberikan keuntungan pihak-pihak tertentu di Malaysia, untuk mengagalkan pembinaan jambatan bengkok .

9. Salah satu daripadanya, ialah dengan pembelian 1 billion meter padu pasir dari Malaysia; pembelian ini sudah tentu memberi keuntungan kepada pihak tertentu di Malaysia,

10. dan untuk konteks Singapura pula, mereka boleh membesarkan negara mereka dan jual kawasan-kawasan yang baru ditambak dengan harga yang lebih tinggi.

11. Dengan ini, Seluruh rakyat Singapura mendapat keuntungan daripada pembelian pasir ini tambahan pula jambatan bengkok dibatalkan, dengan ini ekonomi Singapura tidak akan terjejas.

12.Di Malaysia, hanya golongan tertentu yang membuat untung. Seluruh rakyat Malaysia rugi, terutama sekali rakyat di Johor. Laluan ke Singapura pun semakin sesak, ekonomi Johor tak dapat dibangunkan. Singapura sahaja yang untung bersih.

13.Tetapi saya bersyukur pihak kerajaan masih mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok. Kalau boleh, saya masih berharap projek jambatan bengkok ini diteruskan. :)




No comments: