Rakyat tidak tolak BN - Najib
PEKAN 18 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
rakyat bukan menolak Barisan Nasional (BN) tetapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.
Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti....lagi
1.Untuk makluman pembaca, semasa pilihanraya di DUN bukit Selambau, saya balik ke kampung halaman untuk melihat keadaan yang berlaku di sana.
2.Walaupun kawasan saya tak termasuk di dalam kawasan yang perlu mengundi, tetapi saya balik juga. Jadi boleh la saya lepak-lepak, jumpa rakan-rakan lama dan melawat sanak saudara.
3.Di kampumg halaman, saya mempunyai satu aktiviti, dimana saya akan keluar rumah kira-kira pukul 8.30 malam untuk menikmati teh tarik dan roti canai di sebuah kedai mamak Pelita di sekitar rumah saya di Sungai Petani.
4.Walaupun saya menjalankan aktiviti biasa saya ketika berada di kampung, kebetulan hari itu merupakan hari pengundian di DUN bukit Selambau.
5.Tetapi, ketika itu.. hari dah malam, kira semuanya dah selesai. Jadi ramailah orang di sekitar Pelita untuk makan malam sambil menunggu keputusan.
6.Jadi ramailah orang di sana. Geng PKR ada, BN ada, DAP ada PAS ada dan orang biasa seperti kami pun ada. Wah... saya tengok untung besar pelita ni. Tak kiralah mana ideologi yang kita percaya, yang pasti semua orang percaya yang nasi pelita ni sedap..haha.
7.Berbalik kepada topik. Oleh kerana, semua parti politik berkumpul di satu tempat, jadi kami dapatlah melihat karektor dan karenah masing-masing.
8.Geng-geng Melayu PKR(melayu) dilihat semuanya diam seolah-olah berdebar-debar menunggu keputusan pilihanraya. Mereka berserabut, seakan-akan letih setelah bekerja kuat seharian berkempen untuk memang piliharaya ini. Mereka juga dilihat seakan-akan betul-betul inginkan perubahan dan inginkan malaysia yang baru.
9.Disitu ada juga geng-geng india PKR yang bersama-sama dengan geng melayu PKR. Riak muka india PKR lain sedikit berbanding geng melayu PKR. Dari riak muka mereka, saya dapat rasa mereka ini merasakan inilah masanya golongan india mentadbir negara ini. Mereka merasakan seolah-oleh mereka baru sedar mereka bangsa yang hebat dan tidak perlu perlu tunduk kepada bangsa yang lain.
10.Air muka mereka, dengan jalan yang mendada, seolah-olah menggambarkan yang mereka tidak perlu hormat kpd orang lain dan merekalah yang terhebat sekarang.
11.Golongan DAP pula, tak banyak yang dapat saya lihat kerana mereka duduk jauh sedikit daripada kami. Pada saya, mereka adalah sama seperi DAP dulu. Merupakan golongan yang memang anti dengan Melayu dan kalau boleh nak meneplak melayu di tanah dan negara melayu itu sendiri.
12.Tetapi sekarang mereka dilihat cuba berlindung dibawah taktik baru dimana cuba menunjukkan yang mereka adalah golongan memperjuangkan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Dan untuk saya mereka berjaya. Ramai melayu dilihat sudah percaya dengan mereka.
12.Golongan penyokong pas merupakan golongan paling saya kesian. Apabila saya melihat mereka, saya dapat merasakan mereka orang yang baik-baik. Mereka adalah golongan yang percaya pada agama. Segala-gala yang mereka lakukan adalah untuk islam. Mereka menyokong segala perintah dan perjuangan untuk memartabatkan islam.
13.Memang bagus mempunyai pemikiran begitu sebagai umat islam. Tetapi ada satu perkara yang mereka perlu ingat. Dunia politik adalah suatu dunia yang luas. Sebagai seorang pengundi, anda perlu tahu ada golongan islam yang sanggup menggunakan agama untuk meraih kuasa.
14.Golongan ini berani menggunakan agama untuk kepentingan perbadi, malah mereka adalah golongan yang pandai dengan selok-belok agama. Tetapi yang menyedihkan mereka gunakan kelebihan yang tuhan berikan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.
15.Jadi, janganlah mengikut semata-mata. Buatlah kira-kira anda dahulu sebelum menyokong mana-mana pihak. Kita akan ditipu sekiranya kita terlalu baik atau naive.
16. Sekarang, tibalah masanya pula untuk golongan BN. Semasa dikedai mamak tersebut, mereka ini duduk jauh sedikit dibelakang meja saya. Berbanding dengan golongan politik yang lain, mereka ini agak kemas sedikit.
17.Orangnya lebih konfiden, petah bercakap dan memang mempunyai imej seorang pejuang bangsa. Dengan bersongkoknya, kemas dan saya pasti semua orang sudah sedia maklum dengan imej golongan UMNO.
18.Di hadapan meja mereka ada sekumpulan gadis yang muda-muda. Di meja tersebut terdapat empat orang gadis dan seorang lelaki, tiga daripada gadis tersebut ramping-ramping belaka dan seorang gemuk sikit la. Yang lelaki seorang saya rasa kita tak payah ceritalah.. mungkin kawan-kawan seuniversiti mereka kot :).
19.Di meja golongan UMNO ni, terdapat 3 orang lelaki. Seorang daripadanya nampak lebih dominan dari yang lain. Mungkin ketua kot. Jadi takpala saya namakan mamat ni sebagai mamat A
20.Mereka dilihat bercakap-cakap dengan gadis yang berada di depan meja mereka. Jadi, kami terfikir.. ohh awek-awek ni geng puteri umno kot, turun sini untuk berkempen sekali.
21.Tiba-tiba awek-awek tersebut bangun daripada meja mereka dan duduk sekali dengan geng-geng umno ni.Yang peliknya awek kurus sahaja bangun dan duduk sekali dengan geng umno ni. Yang gemuk dan sorang lelaki seolah-olah tidak dilayan.
22.Jadi tiga orang awek ramping ni duduklah sekali dengan geng umno ni.Tapi kami tak dapat dengarlah apakah yang dibincangkan oleh mereka. Tapi dilihat seolah mamat A nih tengah menerangkan sesuatu.
23.Kami pun terfikir pulak, Oh.. awek tiga orang nih nak masuk umno kot. Mungkin mamat A ni tengah menerangkan mereka cara-cara nak masuk umno. Tapi bila semakin lama melihat dia menerangkan kat awek-awek tersebut, saya merasakan mamat A ni nampak semakin poyo.
24.Sehinggakan saya boleh lihat yang rakan-rakan mamat A tuh seolah-olah tidak selesa dengan tindakannya. Setelah selesai mamat A ni pun bagilah kad dia kat awek-awek nih. Jadi awek-awek ni duduklah balik kat meja mereka tadi. Yang tak sedapnya, mamat A bagi kad kat awek-awek ramping ja. Awek yang gemuk dengan lelaki seorang lagi tak dapat kad pun.
25.Tiba-tiba geng-geng UMNO tadi pun bangun dari meja mereka untuk beransur. Sebelum mereka beredar, dipapati mamat A bersalaman dengan orang sekeliling. Pada, says oh bagus nih, berjiwa rakyat la juga mamat A ni.
26.Tanpa disangka-sangka mamat A ni berhenti di meja kami dan duduk sekali dengan kami. Untuk pengetahuan pembaca di Pelita Sungai Petani meja makannya bersambung dua sekali. Kebetulan ada rakan yang dia kenal duduk sebelah meja kami.
27. Jadi kami macam duduk la sekali dengan mamat A ni. Tiba-tiba dengan mesra dia tegur kami. "Ha, balik kempen ka?". Kami tersenyum ja. Sebenarnya kami bukannya apa-apa pun. Dok lepak minum teh ja. Tak ada kaitan langsung dengan pilihanraya ni pun.
28.Lepas tuh dia cakap lagi, "Kami ni PKR ka, DAP ka, PAS ka, UMNO ka, semua kawan. Ni yang depan ni kawan lama saya, dia ni PKR. Tapi kami boleh lepak satu meja sekali."
29.Kami tersenyum sekali lagi. Sekarang giliran saya bertanya pulak "Cik... boleh saya tanya cik ni nama apa?". Dia seolah-olah nak ambil kad dari poket bajunya, tetapi macam cancel plan. Jadi tunjuk nama dia kat poket baju.
30. "Saya ni YB", katanya. Dalam hati saya oh YB. Sejak hari tu barulah saya tahu yang dia ni YB. Selepas saya tanya soalan tu, dia terus bangun dan beredar. Mungkin dia terasa malu kot sebab ada orang tak kenal dia.
31.Mungkin juga cara saya silap, mungkin juga saya tak sepatutnya tanya dia Tetapi pada hakikatnya, saya memang tak kenal dia dan saya cuba untuk mengenalinya. Tetapi dia terus beredar.
32.Dengan itu, saya juga menerima nasib yang sama seperti awek yang gemuk tadi, tak dapat kad. Memang saya tak kenal bagaimana orangnya YB nih.Mungkin dia ni betul bagus dan berjiwa rakyat. Tetapi untuk "first impression" yang dia berikan untuk pengundi seperti saya ... bagi saya dia gagal menambat hati saya.
33. "Apa yang Dato Najib perkatakan dalam artikel di atas adalah betul. Kebanyakan pengundi tidak menolak BN tetapi mereka menolak pemimpin yang tidak dekat dihati mereka.."
34.Dan inilah yang berlaku kepada saya. Pemimpin seolah-olah tidak mahu dekat dengan rakyat, rakyat ingin menyokong perjuangan parti, tetapi yang menjadi masalah ialah pemimpin yang tidak dekat dihati mereka.
35. Kami juga ingin tahu apakah yang diterangkan oleh YB tersebut kepada awek tadi. Kami juga ingin tahu apa matlamat dan visi anda sebagai YB. Tetapi apakan daya, anda sudah beredar...
36.Mungkin, kami kena jadi awek ramping kot, baru lah YB tersebut ingin menceritakan perjuangannya..entahlaahhhh...
No comments:
Post a Comment