Sunday, April 26, 2009

DEB: Adakah Masih Wujud?

Rancangan Pembangunan Negara.

1.Perancangan Pembangunan Negara dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu
perancangan pra-merdeka, perancangan selepas merdeka dan perancangan di era Dasar Ekonomi Baru.

2.Perancangan peringkat pertama meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan sebahagian daripada Rancangan Malaya Pertama (1956-1960).

3.Peringkat kedua, perancangan selepas merdeka mengandungi Rancangan Malaya Kedua (1961-1970) iaitu selepas negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.

4.Peringkat ketiga pula meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang telah tamat pada tahun 1990.

5.Peringkat seterusnya pembangunan negara ialah pelancaran
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) pada tahun 1991.

6.Program ini meliputi Rancangan Malaysia keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia ketujuh. Tempoh perlaksanaan (RRJP2 )telah berakhir pada tahun 2000.

7.Rangka Rancangan Jangka Panjang ketiga (RRJP3) yang meliputi (2001-2010). RRJP3 merupaka fasa dan usaha kedua untuk mencapai Wawasan 2020.


Pendapat

1.Sekarang ialah 2009 iaitu di penghujung Rangka Rancangan Jangka Panjang yang ketiga. DEB sudah pun berakhir. Dan sekarang merupakan penghujung kepada fasa dan usaha kedua negara untuk mencapai Wawasan 2020. Dan hampir memasuki fasa yang terakhir iaitu Wawasan 2020:1991-2020

2.Apa yang menyedihkan pucuk pimpinan terdahulu telah banyak membantutkan usaha Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020. Ditambah pula sifat baiknya yang tidak terperi dengan membebaskan "pemecah belah bangsa" dari tahanan ISA menambahkan lagi kerosakan dan huru-hara di negara ini.

3.Saya pun tidak faham, kenapa orang seperti ini dibebaskan. Adakah pucuk pimpinan terdahulu percaya bahawa hidup di dunia ini ada seperti syurga dimana "buat baik di balas baik"?. Atau pun hanya nak tunjuk baik?

4. Lihatlah, apa yang telah berlaku negara kita, melepaskan pengkhianat bangsa seperti ni bagaikan "melepaskan anjing yang tersepit", bukannya nak berterima kasih, gigit lagi ada la.

5.Malah pengkhianat bangsa ni pula bersungguh memperjuangkan ISA supaya dimansuhkan.atas nama rakyat Yang hairannya banyak orang yang setuju dengannya tanpa memikirkan patut atau tidak.

6.Suka atau tidak, pada saya, untuk mentadbir sebuah negara, ISA adalah perlu. Ia merupakan suatu cara untuk menjaga keselematan negara.

7.Inilah politik, berjuang untuk memansuhkan ISA, nampak sangat bukan untuk rakyat, malah dilakukan untuk diri sendiri. Biasalah, nak buat huru-hara, tapi kalau ada ISA susah la. Betulkah mereka ni memperjuangkan keadilan rakyat ? Jika betul sayangkan negara, sama-samalah kita berusaha untuk mecapai wawasan 2020. Kita dan semakin hampir untuk menjadi negara maju kenapa sengaja menggangu kestabilan politik dan buat huru-hara di sana dan sini.

8.Jika anda seorang yang memperjuangkan rakyat, saya juga adalah seorang rakyat dan saya ingin negara saya maju dan mencapai wawasan 2020 supaya kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Saya ialah rakyat yang mahukan kestabilan politik, saya mahukan bangsa saya bersatu serta hidup harmoni bersama rakan berbangsa yang lain, saya mahu hidup didalam negara yang saya bangga menjadi rakyatnya, saya ingin hidup didalam negara yang kaya dengan ekonominya serta banyak peluang pekerjaannya.

"Saya tidak mahu huru-hara"
"Saya mahu Raja-Raja Melayu Didaulatkan"

"Saya mahu Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains" dan..

" Jangan perjuangkan segala-galanya atas nama rakyat, kerana saya juga rakyat, dan itu tidak adil untuk saya"


10. Kepada sesiapa sahaja baca blog ini, ingin saya bertanya kepada anda? Pernakah anda terfikir untuk membuat rujukan anda sendiri. Adakah Malaysia sahaja yang mempunyai ISA yang dikatakan sistem tidak adil ini.

11.Cubalah ada selidik, negara-negara yang lain yang jauh lebih maju dari Malaysia, Contohnya Singapura ka ?,Australia ka? Kalau Amerika Syarikat kita dah tahu, mereka menpunyai Guantanamo Bay. Cubalah cari...

12.Saya cakap ada, tetapi saya tidak ingin nyatakan disini. Ia mungkin tidak dinamakan ISA, tetapi diberi nama yang lain... cubalah selidik kalau tidak percaya....



No comments: