Saturday, April 25, 2009

POLITIK:Akibat tak tahu sejarah.

Untuk makluman pembaca, saya ada terbaca sebuah blog yang menceritakan tentang asal-usul DEB dalam artikelnya yang bertajuk "Dapatkah UMNO Jadikan DEB Sebagi Umpan"

Iskh,2... mamat nih tak baca buku ka? ntah... tak tahulah. Inilah yang dikatakan melayu. Buat kenyataan tanpa rujukan. Mesti dengar cakap orang nih. Takpa mari kita lihat satu per satu kenyataannya.

Asal-usul DEB yang ditulis beliau

Semua orang tahu DEB (Dasar Ekonomi Baru) itu adalah untuk menjamin ekonomi orang Melayu. DEB ini lahir akibat rusuhan kaum yang tercetus pada tahun 13 Mei 1969. Parti-parti politik ketika itu telah menggunakan perkauman sebagai senjata terakhir mereka. Pada hari berdarah itu, datanglah segala cerita, si pulan membawa penyapu nak halau kaum ini dan si pulan buat begitu serta begini. Ia berlanjutan sehingga menyebabkan banyak nyawa terkorban dan bangunan-bangunan terbakar. Setelah dikaji peristiwa berdarah itu, UMNO mendapati kaum Cina terlebih kaya di mana ini membuatkan mereka rasa Kuala Lumpur ini mereka yang punya. Hal ini juga menjadi punca ketidakseimbangan dalam ekonomi bagi setiap kaum di Malaysia. Parti yang memerintah pun mewujudkan DEB bagi kaum yang miskin ketika itu kononnya ialah kaum Bumiputra (di mana ia juga mewakili Melayu).


Asal usul DEB mengikut apa yang saya baca..

1.DEB adalah satu formula yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia . Dasar ini bertujuan untuk memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud diantara kaum, diantara wilayah, dan diantara kawasan wilayah yang sama.

2. Matlamat utama DEB ialah salah satu strategi perpaduan iaitu perpaduan ekonomi yang menjurus kepada matlamat perpaduan rakyat atau perpaduan negara .

3.Untuk pengetahuan anda Dasar Perpaduan Negara adalah lebih luas dan DEB ada sebahagian kecil sahaja.

4.Jika ingin bercakap mengenai Perpaduan Negara, maka terdapat 6 jenis perpaduan yang diambil kira di Malaysia; iaitu Perpaduan Wilayah, Perpaduan Ekonomi(DEB), Perpaduan Politik, Perpaduan Pendidikan, Perpaduan Kebudayaan dan Perpaduan Sosial. Tetapi kenapa DEB sahaja yang diketengahkan??

5.Rancangan-rancangan pembangunan di bawah DEB telah disusun dan dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata.

a.Pertama, mengurangkan seterusnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

b.Kedua, menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

5.Merupakan suatu pendekatan bagi mencapai perpaduan negara dan intergrasi nasional menerusi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

6.Penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan ekonomi telah berjaya mengurangkan perasaan dan suasana yang terasing di kalangan mereka.

13 Mei 1989:Berlaku dimana parti-parti pembangkang mendapat kemenangan dan bilangan kerusi yang bertambah telah merayakan kemenangan mereka dengan berarak di Bandaraya Kuala Lumpur sambil menghina orang Melayu dan menimbukan huru -hara. Disebabkan peristiwa ini, dasar yang lebih tegas telah diberi pendekatan dan keutamaan untuk mengekalkan perpaduan. Pada tahun 1971, Kerajaan telah menggubal dan melancarkan suatu ideologi nasional iaitu rukun negara (ingat!!! bukan DEB). Setiap warga Malaysia hendaklah menjadikan rukun negara sebagai teras dan landasan hidup iaitu :
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Pendapat

7.Untuk artikel yang beliau tulis, permulaannya pun dah menyimpang, jadi tak perlulah saya terangkan dengan lebih lanjut. Anda buatlah pertimbangan anda sendiri.

8.Jika anda perhati betul2, terdapat perbezaan diantara apa yang beliau tulis dan apa yang saya baca.

9.Dia boleh memperbodohkan sesetengah orang, tetapi tidak saya. Kerana saya adalah orang yang membaca dan tahu sedikit sebanyak tentang sejarah.

10.Malah jika anda betul-betul menghayati rukun negara, saya pasti anda juga sedar bahawa Rukun Negara semakin dilupakan. Dengan ini, tidak hairanlah berlakunya huru-hara di negara kita.

11.Jadi Hayatilah Rukun Negara dan jangan lupa rujukan dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan...

No comments: