Wednesday, April 15, 2009

Pelancaran Exora hmm..


Dengan rasminya, produk terulung MPV keluaran Perusahaan Automobil Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Proton telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu negara malam tadi.

Syabas Proton. Teruskan usaha anda untuk menjadi sebuah syarikat automobil nasional yang berjaya serta mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan syarikat-syarikat automobil antarabangsa yang lain. Wah.. Tun Mahathir pun dah nampak balik dah. Padan muka pak lah. Asyik buat rosak ja. Tuh la sapa suruh dok tidok.. kan dah kena turun. Heheh

Proton Exora ini dilengkapi dengan enjin Campro CPS 1.6 dengan kuasa kuda 125 dan bernilai diantara 69,998 hingga RM75,998 sebuah.

Untuk kualiti tu, tolongla upgrade sket... kami rakyat malaysia yang menyokong kereta tempatan ni dah larat nak merepair dah. Untuk pengetahuan pembaca saya menyokong Proton dan berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai kereta keluarannya sendiri. Malah ianya sekarang direka 100% oleh anak tempatan.

Dan ini merupakan suatu kejayaan kepada kita. Walau apapun, kita tidak seharusnya berpuashati dengan apa yang ada. Kita mesti terus berusaha sehingga menjadi yang terbaik dan disegani di mata dunia.

2 comments:

The Aminos said...

Cun jugak keta ni, kualiti camna?

barakukaku said...

Kalau tengok dari segi harga memang untung, sebab keretanya luas, selesa, berkuasa dan sebagainya. Apa yang menjadi masalah proton sekarang ialah ketahanan produk yang mereka hasilkan. Kalau masalah ini mereka berjaya atasi,saya pasti lebih banyak produk yang akan terjual.