UMNO dekati generasi muda
KUALA LUMPUR 24 April - Ketua Penerangan UMNO yang baru dilantik, Ahmad Maslan bertekad untuk mendekati generasi muda tanpa mengetepikan generasi lama bagi memberi penjelasan mengenai realiti politik semasa dalam negara. ...baca lagi
Pendapat
1.Perkara seperti ini sudah banyak kali diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin umno. Ingin mendekati generasi muda.
2.Saya dah jemu mendengar kenyataan seperti ini. Jika UMNO ingin dekati generasi muda, buat betul-betul. Jangan cakap saja.
3.Tetapi pada hakikatnya, tiada apa UMNO buat untuk mendekati generasi muda. Saya tahu perkara ini. Kerana saya juga merupakan generasi muda.
4.Ramai yang ingin menyertai UMNO tapi, hakikatnya hampa. Golongan muda terutama yang pendidikan tinggi sama sekali ditolak kerana khuatir akan mengugat golongan tertentu di dalam UMNO.
5.Akhirnya, golongan muda ini akan menyertai PAS, PKR dan sebagainya. Sebab itulah kita dapat lihat banyak golongan muda perpendidikan tinggi menyertai pembangkang.
6.Bukan kerana mereka menolak UMNO, tetapi UMNO sendiri yang menolak mereka dahulu.
7.Kalau anda tidak percaya, pergilah tanya muda-mudi di Malaysia. Kebanyakannya menyokong pembangkang kerana UMNO tidak menghargai mereka.
8.Di bawah pimpinan Dato Seri Najib? kita tunggu dan lihat ...
No comments:
Post a Comment