1.Sedap hati bila mendengar kata-kata ini. Setelah Dato Seri Najib mengambil alih tampuk pimpinan, saya terasa amat lega setelah turunnya Pak Lah. Kini seolah-seolah rakyat Malaysia mempunyai suatu harapan dan halatuju yang baru untuk Malaysia.
2.Walau apapun saya berpendapat masih terlalu awal untuk kita menilai sejauh manakah kepimpinan Dato Seri Najib dalam mentadbir dan merealisasikan harapan Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020.
3.Sebagai seorang rakyat, saya mengharapkan apa yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri, bukanlah retorik semata-mata. Kebanyakan pemimpin dilihat tidak mesra rakyat. Bercakapnya lain.. buatnya lain. Bagi saya inilah yang patut diubah.
4.Saya pasti ramai yang inginkan UMNO, kerana UMNOlah yang merupakan tunjang kepada kewujudan dan kebanggaan rakyat Malaysia sehingga kini. UMNO bukan sahaja memperjuangkan bangsa dan agamanya, malah ia juga memperjuangkan bangsa-bangsa lain yang seangkatan dengannya.
5.Walau apa pun, saya mengharapkan yang terbaik dari UMNO. Kotakanlah janji, Bermesralah dengan rakyat, Pulihkan Semula Ekonomi, dan yang paling penting Wujudkanlah Lebih Banyak Peluang Pekerjaan untuk Rakyat. Bersihkan UMNO dan hapuskan ahli politik yang menjadi dalang kepada perpecahan Bangsa.
6.Tetapi jika UMNO gagal mengotakan janji-janjinya dan masih bersikap mementingkan diri sendiri, maka saya pasti pilihanraya yang akan datang merupakan suatu titik yang bersejarah di mana UMNO akan terus hilang dan berakhirnya era pemerintahan UMNO di Malaysia.
No comments:
Post a Comment